DASAR PRIVASI

Terima kasih kerana menyertai tinjauan ini. Burger King® Corporation amat mengambil berat tentang kebimbangan privasi pengunjung ke laman webnya. Tujuan Dasar Privasi ini adalah untuk menerangkan jenis maklumat yang kami kumpul daripada pengunjung ke laman web ini, www.mys.tellburgerking.com (“Laman Web”), tujuan kami menggunakan maklumat itu dan apa hak anda terhadap maklumat anda.

Laman Web dikendalikan oleh Burger King® Corporation (“BKC”) dan Service Management Group, Inc. (“SMG”), pembekal khidmat penyelidikan kepada BKC. Dalam Dasar Privasi ini, Burger King® Corporation dan SMG dirujuk secara kolektif sebagai “kami” atau “kita”. Burger King® Corporation adalah penaja dan pengawal data Laman Web ini. SMG akan membangunkan dan mengehoskan Laman Web, mengumpul dan memproses data dari Laman Web dan menyediakan perkhidmatan lain seperti sokongan khidmat pelanggan untuk Laman Web. Jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan Dasar Privasi ini atau sebarang perkara lain berkaitan Laman Web, sila hubungi guesttrachelp@smg.com.

PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT

Tinjauan yang terkandung dalam Laman Web ini adalah secara sukarela sepenuhnya. Sebagai sebahagian daripada tinjauan, anda menyerahkan maklumat tertentu kepada kami secara sukarela berkenaan anda dan pengalaman anda di restoran Burger King®. Dengan melengkapkan tinjauan ini, ia menandakan anda bersetuju dengan terma Dasar Privasi ini.

Maklumat yang anda sediakan dalam tinjauan ini akan digunakan semata-mata bagi tujuan menjalankan program penyelidikan pengguna (dikenali sebagai Guest Trac(SM)) agar kami dapat memperbaiki pengalaman pengunjung kami di restoran Burger King®.

Kami juga mengumpul maklumat yang bukan sebahagian daripada tinjauan. Secara khusus, kami akan mengumpul alamat IP dan jenis pelayar anda. Kami juga akan menggunakan fail teks kecil, dikenali sebagai kuki, untuk mengecam anda sebagai pengunjung ulangan ke Laman Web ini. Maklumat ini digunakan semata-mata bagi tujuan menjaga integriti penyelidikan kami. Setakat mana alamat IP anda mungkin dianggap sebagai maklumat peribadi, serahan elektronik tinjauan ini menandakan yang anda memberi kebenaran terhadap pengumpulan dan pemprosesan alamat IP tersebut.

Maklumat yang kami kumpulkan di laman web ini akan dipindahkan ke Amerika Syarikat. Anda memahami bahawa undang-undang perlindungan data Amerika Syarikat mungkin kurang ketat berbanding dengan undang-undang perlindungan data di wilayah dan negara anda atau bidang kuasa lain dan memberi kebenaran terhadap pemindahan maklumat ini.

Kami tidak akan menghubungi anda untuk sebarang tujuan berdasarkan tinjauan yang anda telah lengkapkan melainkan anda meminta kami untuk menghubungi anda dan kami tidak akan menjual apa-apa maklumat anda kepada mana-mana pihak ketiga.

For residents of Chile only, in addition to everything above still applying, we also inform you that, in accordance with Art. 19 #4 of the Political Constitution of the Republic of Chile, and Law 19,628 on Private Data Protection, the individual to whom the personal information belongs will be able to: a. Request information about their personal information on record; b. Request the deletion or cancelation of the data provided, if appropriate; and c. Decline to have your personal information used for statistical purposes.

HUBUNGI KAMI

Jika anda mempunyai sebarang soalan, komen atau kebimbangan berkenaan Dasar Privasi, sila hubungi kami di alamat surat-menyurat atau alamat e-mel berikut:

Alamat Surat-Menyurat: Burger King Corporation c/o Service Management Group 1737 McGee Street Kansas City, MO 64108 USA

e-mel: guesttrachelp@smg.com

Dikemas kini Julai 2009